Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOP SOLAT JUMAAT, STATUS HAJI DIUMUM KHAMIS INI – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

SOP SOLAT JUMAAT, STATUS HAJI DIUMUM KHAMIS INI – ZULKIFLI

PUTRAJAYA: Prosedur standard operasi (SOP) solat Jumaat dan solat jemaah di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan status ibadah haji akan diumum, Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata SOP solat berjemaah dan solat Jumaat ketika PKPP yang bermula esok akan diumumkan selepas perbincangan dilakukan dengan pihak berkaitan.

“Kita buat perbincangan secara khusus dengan pihak berautoriti dan ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan. Insya-Allah pada Khamis ini kita akan umum,” katanya pada Sidang Media Kad Laporan Mei 2020 dan pelancaran web rasmi menteri di Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.

SOP baharu itu dijangka membabitkan penambahan bilangan jemaah berdasarkan kapasiti masjid dengan pematuhan SOP ketat mengikut kebenaran jabatan agama negeri.

Ditanya mengenai nasib 31,000 jemaah haji tahun ini, Zulkifli berkata keputusan itu juga akan diumum pada hari sama.

Difahamkan, pengumuman mengenai penghantaran jemaah haji akan dibuat pada sidang khas selepas sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. — AlHijrah Online/ Abdul Hakim Hasan


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading