Tag Archives: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

AZALINA PENASIHAT KHAS PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri. Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu difahamkan telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu. Azalina memaklumkan beliau akan berusaha menggalas tugas itu dengan baik demi negara. “Terima Kasih Datuk Seri Ismail

Read more

TIGA ELEMEN NILAI PRESTASI MENTERI

PUTRAJAYA: Prestasi setiap jemaah menteri yang dilantik akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga elemen tersebut ialah penilaian prestasi kementerian atau jabatan; penilaian kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif serta penilaian persepsi awam terhadap ahli jemaah menteri dan kementerian serta jabatan di bawah tanggungjawab mereka. “Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan

Read more

LEMBAH KLANG, MELAKA BERALIH KEPADA FASA 3 PPN

PUTRAJAYA: Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) serta Melaka akan beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sementara Kedah beralih kepada Fasa 2, bermula 1 Oktober. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan

Read more

KEBENARAN RENTAS NEGERI BEBERAPA MINGGU LAGI – PM

PUTRAJAYA: Kebenaran merentas negeri untuk rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksinasi akan dapat diberikan dalam beberapa minggu lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Rabu lepas (22 September). Tambahnya, dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri

Read more

HANYA 9 PERATUS POPULASI DEWASA DIVAKSIN LAGI UNTUK RENTAS NEGERI

KUALA LUMPUR: Kira-kira sembilan peratus populasi dewasa divaksin lagi diperlukan untuk melengkapkan syarat kelonggaran rentas negeri. Ia selepas 81 peratus atau seramai 18,964,474 individu daripada populasi dewasa Malaysia telah lengkap divaksinasi setakat semalam. ARTIKEL BERKAITAN – RENTAS NEGERI SELEPAS 90 PERATUS POPULASI DEWASA DIVAKSIN Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah pemberian dos vaksin harian untuk semalam sahaja

Read more

RENTAS NEGERI SELEPAS 90 PERATUS POPULASI DEWASA DIVAKSIN

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri jika kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar vaksinasi itu berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Sementara itu Ismail Sabri memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara

Read more

80 PERATUS POPULASI DEWASA LENGKAP DIVAKSINASI

KUALA LUMPUR: Populasi dewasa berjaya mencapai sasaran 80 peratus lengkap divaksinasi, hari ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) atas pencapaian tersebut. “Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. “Teruskan usaha kita perangi COVID-19. #LindungDiriLindungSemua ,” dalam ciapannya di Twitter, hari ini. Menteri

Read more

KERAJAAN SETUJU LAKSANA DOS KETIGA VAKSIN COVID-19

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan

Read more

TUJUH TAWARAN TRANSFORMASI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN – PM ISMAIL

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu berkenaan kepentingan pentadbiran yang stabil serta dapat berfungsi secara

Read more

AKTIVITI SUKAN ‘INDOOR’ DIBENARKAN

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti sukan tertutup (indoor) kecuali gimnasium dibenarkan bagi negeri-negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) juga dibenarkan beroperasi dengan kawal selia. Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya untuk individu yang telah lengkap dua dos vaksin. “Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu

Read more
« Older Entries Recent Entries »