Tag Archives: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

80 PERATUS POPULASI DEWASA LENGKAP DIVAKSINASI

KUALA LUMPUR: Populasi dewasa berjaya mencapai sasaran 80 peratus lengkap divaksinasi, hari ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) atas pencapaian tersebut. “Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. “Teruskan usaha kita perangi COVID-19. #LindungDiriLindungSemua ,” dalam ciapannya di Twitter, hari ini. Menteri

Read more

KERAJAAN SETUJU LAKSANA DOS KETIGA VAKSIN COVID-19

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan

Read more

TUJUH TAWARAN TRANSFORMASI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN – PM ISMAIL

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu berkenaan kepentingan pentadbiran yang stabil serta dapat berfungsi secara

Read more

AKTIVITI SUKAN ‘INDOOR’ DIBENARKAN

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti sukan tertutup (indoor) kecuali gimnasium dibenarkan bagi negeri-negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) juga dibenarkan beroperasi dengan kawal selia. Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya untuk individu yang telah lengkap dua dos vaksin. “Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu

Read more

LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 PPN BERMULA 10 SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula Jumaat ini (10 September). Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang diadakan hari ini. Jelasnya, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 2 seperti yang

Read more

MUHYIDDIN YASSIN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, perkara tersebut telah dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu. “Pelantikan dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin bagi menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan

Read more

PPN: MELAKA BERALIH FASA 2, NEGERI SEMBILAN FASA 3

PUTRAJAYA: Melaka akan beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Negeri Sembilan ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula 4 September (Sabtu). Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan keputusan mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19. Sementara itu, mesyuarat sebulat suara bersetuju agar Sidang Khas tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik

Read more

PELANCONG TEMPATAN BOLEH KE LANGKAWI BERMULA 16 SEPTEMBER

PUTRAJAYA: Pulau Langkawi akan dibuka kepada pelancong tempatan, bermula 16 September ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pulau lagenda itu dipilih sebagai projek rintis program “travel bubble”. “Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September. “Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai

Read more

PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN KHAS COVID-19 BERMULA 6 SEPTEMBER

PUTRAJAYA: Proses pengkreditan Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) secara berperingkat akan bermula 6 September depan dan dijangka selesai pada 10 September 2021. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan bagi menyegerakan pembayaran BKC. “Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan

Read more

KABINET PERLU BERI TUMPUAN KEPADA USAHA PULIHKAN NEGARA DARIPADA COVID-19 – MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri yang dilantik diharap memberikan tumpuan segera kepada usaha-usaha memulihkan negara daripada kemelut pandemik COVID-19 dengan menyalurkan bantuan kepada golongan rakyat yang memerlukan dan memacu pertumbuhan ekonomi. Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan tersebut merupakan amanah berat yang mesti dipikul dengan penuh jujur, ikhlas dan berintegriti selaras dengan prinsip Rukun Negara dan peruntukan dalam

Read more
« Older Entries Recent Entries »