Tag Archives: Islam

PEMAIN ARSENAL PELUK ISLAM

Pemain bola sepak Arsenal, Thomas Partey dilaporkan telah memeluk Islam. Berita Partey memeluk Islam itu telah dikongsi akaun Twitter @TikiTakaConnor. “Thomas Partey telah memeluk Islam. Tahniah,” kata ciapan tersebut. Ciapan itu turut disertakan gambar Partey sedang memegang Al-Quran bersama Imam Sheikh Muhammad Al-Azhari di Pusat Islam di London. Setakat ini pemain kelahiran Ghana yang berusia 28 tahun itu dilapor belum

Read more

DIVIDEN KWSP: PENCARUM KONVENSIONAL PERLU SUCIKAN WANG

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam dan belum beralih kepada Skim Simpanan Syariah dinasihatkan agar segera berbuat demikian bagi mengelak kesulitan pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP Profesor Mohamad Akram Laldin berkata, ini kerana pencarum Skim Simpanan Konvensional perlu menyucikan wang yang diperoleh melalui dividen tahunan kerana ia hasil pelaburan yang tidak patuh syariah.

Read more

TIADA ISTILAH PERAYAAN HARI AGAMA SEDUNIA – IDRIS AHMAD

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menegaskan tiada istilah berkenaan perayaan Hari Agama Sedunia. Beliau dalam hantaran Facebooknya menjelaskan hanya agama Islam sahaja yang jelas dan wajib beriman dengan agama itu. “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran 3:19),” katanya. Dalam hantaran sama, Idris Ahmad menyeru rakyat

Read more

’UNBOXING ISTERI’ MEMBAWA KEPADA KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA – AHMAD MARZUK

PUTRAJAYA: Trend ‘unboxing isteri’ yang semakin gemar dilakukan pasangan baru berkahwin boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Menjelaskan perkara itu, Ahmad Marzuk berkata bakal ibu bapa sebagai tonggak institusi keluarga daripada awal lagi sudah tidak mengikut landasan nilai yang betul dan dibimbangi memberi kesan kepada pembentukan

Read more

MUALAF OKU BERGELAR AL-HAFIZ

KUALA LUMPUR: Mualaf yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang sebelum ini menghafaz 10 juzuk Al-Quran, kini bergelar Al-Hafiz. Dalam perkongsian di Facebook Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Mike Foong, 25 tahun, berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran pada semester akhir Program Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran, JAKIM. Katanya, Mike bukan sahaja menghafaz, malah dia

Read more

GURU BUKAN ISLAM TERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL

MELAKA: Seorang guru bukan Islam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Abdullah Uraiqith bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka, tahun ini. Guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Chan Chin Ho, 41 tahun menerima anugerah tersebut atas usahanya membimbing pelajar menghasilkan video berbentuk dakwah dan kerohanian. Katanya, perbezaan agama bukannya penghalang namun menganggap agama itu sebagai titik

Read more

LGBT, GENDER KETIGA TIDAK DIIKTIRAF DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Perlakuan yang bertentangan dengan agama, adat dan budaya seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan gender ketiga tidak akan diiktiraf di Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan prinsip keagamaan dan nilai-nilai budaya tempatan. “Pendirian ini selari dengan ‘Cairo Declaration

Read more

RUU KAWALAN TIDAK SEKAT KEBEBASAN ORANG BUKAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2021 (RUU Kawalan) bukan bertujuan menyekat kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, RUU tersebut hanya terpakai untuk orang Islam jika diluluskan kelak. “RUU ini merupakan sekatan pengembangan doktrin atau pengembangan

Read more

KHATAM 130 KALI DENGAN AL-QURAN LUSUH

KUALA LUMPUR: Kunjungan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke salah sebuah rumah keluarga asnaf di Taman Semarak, Nilai memberi keinsafan dan rasa kagum kepada beliau. Ia selepas beliau bertemu dengan Abu Bakar Ismail, 96, yang telah khatam Al-Quran sebanyak 130 kali menggunakan senaskah Al-Quran yang telah lusuh. “Kunjungan saya ke

Read more
« Older Entries Recent Entries »