19 KORESPONDEN TV IRAN POSITIF COVID-19

ISTANBUL: Badan Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) semalam mengesahkan 19 korespondennya positif koronavirus.

“Ketika rakan setugas kami masih penat dengan pilihan raya umum, kini mereka di barisan depan untuk memberi maklumat tentang koronavirus.

“Mereka bertugas di banyak lokasi bahaya,” kata ketua IRIB, Mehrdad Seyed Mehdi di Twitter dipetik agensi berita Anadolu.

Beliau mendoakan rakan setugasnya akan cepat sembuh.

Lebih 1,800 maut di Iran akibat koronavirus dengan lebih 23,000 kes jangkitan.

Angka kematian global kini melebihi 16,000 kes dengan lebih 372,000 kes positif koronavirus, demikian menurut Johns Hopkins University dari Amerika Syarikat.

Virus yang secara rasminya dikenali sebagai COVID-19 muncul di Wuhan, China, Disember lalu dan merebak di lebih 167 negara dan wilayah di seluruh dunia. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply