Author Archives: ardiherman

KARIKATUR NABI MUHAMMAD SALAH SATU BENTUK KEGANASAN – SHEIKH SUDAIS

MAKKAH: Khutbah Jumaat di Masjidil Haram, Makkah hari ini mengutuk keras tindakan majalah Satira, Charlie Hebdo yang menerbitkan keluaran yang memaparkan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad Salallahu’alaihi Wassalam (SAW). Khutbah disampaikan Imam Besar masjid suci itu, Sheikh Dr Abdul Rahman As-Sudais tengah hari Jumaat (waktu Arab Saudi). As-Sudais menyifatkan karikatur berkenaan sebagai melampau, keterlaluan dan menganggapnya sebagai salah satu bentuk

Read more

‘HIJRAH BERSELAWAT’: ANAK MUDA DOMINASI TONTONAN

KUALA LUMPUR: Penerbitan secara langsung program Hijrah Berselawat yang disiarkan TV AlHijrah malam tadi manifestasi rakyat Malaysia beragama Islam mendamba kasih sayang dan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu’alaihi Wassalam, apatah lagi data menunjukkan golongan paling ramai menonton adalah dalam kalangan belia. Maklumat awal daripada Facebook itu menunjukkan rata-rata penonton yang menyaksikan Hijrah Berselawat menerusi FB Live adalah dalam kategori

Read more

HARGA SILING PELITUP MUKA TIGA LAPIS 70 SEN MULAI AHAD

PUTRAJAYA: Bermula Ahad ini, harga runcit siling baharu bagi pelitup muka jenis tiga lapisan turun kepada 70 sen daripada RM1 sekeping. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga maksimum pelitup muka jenis tiga lapis di peringkat borong pula diturunkan kepada 65 sen sekeping berbanding 95 sen. Katanya, ketetapan itu dibuat selepas

Read more

COVID-19: EMPAT ANGKA LAGI

PUTRAJAYA: Negara hari ini merekodkan angka positif COVID-19 lebih seribu kes, setakat jam 12 tengah hari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Dalam sidang medianya, Noor Hisham memaklumkan sejumlah 1,240 kes baharu direkodkan dengan 691 kes sembuh baharu. Sebagai mana sebelum ini, kes positif dari Sabah mencatat bilangan tertinggi dengan 927 kes, manakala Selangor 177

Read more

PM MENGHADAP AGONG, MALAYSIA BAKAL DARURAT?

KUANTAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang sebentar tadi. Kenderaan membawa Muhyiddin dilihat memasuki perkarangan istana berkenaan kira-kira jam 4.40 petang tadi. Muhyiddin menghadap Al Sultan Abdullah dipercayai berikutan keputusan mesyuarat khas kabinet pagi tadi yang dilapor membuat ketetapan pengisytiharan darurat kesihatan. Media sebelum ini

Read more

WACANA AL-QURAN: DISKUSI SOLUSI ISU-ISU SEMASA DARIPADA KITAB SUCI

SHAH ALAM: Selepas kejayaan program MY#QURANTIME yang disiarkan menerusi TV AlHijrah dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebuah lagi program yang menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama akan diterbitkan bermula esok. Program Wacana Al-Quran akan disiarkan secara langsung setiap Isnin jam 6 petang menerusi platform Facebook, YouTube dan Twitter Sinar Harian. Membincangkan tentang solusi al-Quran terhadap isu-isu semasa yang melanda

Read more

COVID-19: “JANGAN SAMPAI EMPAT ANGKA”

Ramai terkejut, tersentak malah sukar menerima kenyataan apabila kes baharu positif COVID-19 sejak seminggu lalu mencecah hampir 700 kes sehari. Pernah terbayang? Sama ada telah dijangka atau tidak disangka, itulah hakikat sebenar yang melanda tanah air tercinta, pada tahun 2020 ini. Baru tadi, Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi sidang medianya, melaporkan terdapat 589 kes

Read more

JBPM RAI INDIVIDU, MEDIA PADA ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT KEBESARAN

PUTRAJAYA: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat mendahului senarai penerima pingat kebesaran pada majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM). Adnan satu-satunya individu menerima Pingat Ketua Pengarah Bomba (PKP) untuk istiadat penganugerahan bagi 2019 itu. Selain PKP, JBPM turut menganugerahkan Pingat Jasa Bomba (PJB), Pingat Setia Bomba (PSB) dan Pingat Cemerlang Bomba (PCB).

Read more

IBADAH UMRAH MULA AHAD INI

MAKKAH, ARAB SAUDI: Selepas tujuh bulan tidak menerima jemaah umrah, Masjidil Haram akan kembali ‘meriah’ dengan ibadah berkenaan yang dijadual bermula Ahad ini. Sudah pasti, ia akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam setiap pergerakan jemaah dari mula hingga akhir ibadah umrah masing-masing. Memetik Saudi Gazette, jemaah umrah terpilih akan dimasukkan dalam kelompok dengan setiap kelompok mempunyai 1,000 jemaah.

Read more

RAKYAT SABAH ‘UBAH BALIK’

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menggabungkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang Pilihan Raya Negeri ke-16 semalam sekali gus membentuk kerajaan negeri yang baharu. Gabungan berkenaan memperoleh 38 kerusi selepas melepasi angka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan. Sementara itu, gabungan Warisan Plus, terdiri daripada parti Warisan, Amanah, DAP, PKR serta UPKO memperoleh

Read more
« Older Entries Recent Entries »