Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: KES MENINGKAT, BANGLADESH KEMBALI HADKAN JUMLAH JEMAAH DI MASJID

DUNIA

COVID-19: KES MENINGKAT, BANGLADESH KEMBALI HADKAN JUMLAH JEMAAH DI MASJID

DHAKA:  Bangladesh pada Sabtu (13 Jun) kembali menguatkuasakan semula kawalan ke atas masjid di kawasan zon merah negara itu susulan lonjakan kes dan kematian akibat Covid-19.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Kementerian Hal Ehwal Agama Bangladesh telah menetapkan hanya 10 individu dibenarkan untuk solat Jumaat manakala lima orang untuk solat lima waktu.

Kementerian itu memaklumkan, mereka yang dibenarkan untuk solat berjemaah merangkumi imam, bilal, dan pegawai masjid.

Umat Islam di negara berkenaan digesa untuk hanya menunaikan solat di rumah masing-masing.

Kementerian itu mengingatkan tindakan akan diambil kepada individu yang melanggar arahan yang diberikan.

Selain masjid, tempat ibadat lain di Bangladesh turut kembali dikawal.

Keputusan menguatkuasakan semula kawalan ke atas rumah ibadat dibuat kerajaan Bangladesh selepas negara itu mencatatkan 2,856 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes 84,379.

Setakat ini 1,139 orang dilaporkan terkorban akibat Covid-19 di Bangladesh. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading