KERAJAAN KOMITED TINGKAT KUALITI KURIKULUM PRASEKOLAH 2026
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata Kurikulum Prasekolah 2026 (KP 2026) telah dibangunkan dengan penglibatan pelbagai pihak seperti pakar kanak-kanak, pensyarah, guru, pengusaha tadika dan ibu bapa.
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited dalam memastikan kurikulum prasekolah yang dihasilkan berkualiti, relevan dan setanding dengan kurikulum negara lain.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata Kurikulum Prasekolah 2026 (KP 2026) telah dibangunkan dengan penglibatan pelbagai pihak seperti pakar kanak-kanak, pensyarah, guru, pengusaha tadika dan ibu bapa.
“Bagi memastikan kebolehlaksanaannya, kurikulum ini telah dirintis di prasekolah agensi kerajaan dan swasta iaitu melibatkan 34 prasekolah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), lima Tabika KEMAS, tiga Tabika Perpaduan dan lapan tadika swasta.
“Pemantapan KP 2026 telah dibuat berdasarkan dapatan uji rintis dengan mengambil kira pandangan pelaksana di lapangan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa yang ingin tahu sejauh mana rancangan latihan dan pendedahan fokus kerangka kurikulum baharu kepada guru prasekolah di KPM, KEMAS, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) agar impian penerapan capaian kompetensi pelajar betul-betul sempurna.
Beliau berkata bagi memastikan pelaksanaan KP 2026 dengan berkesan, penataran KP 2026 akan dilaksanakan secara dalam talian dan bersemuka pada Jun hingga Nov 2025 kepada guru prasekolah agensi kerajaan dan swasta.
Selain itu, tambahnya dokumen KP 2026 dan bahan penataran akan dimuat naik di Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk rujukan semua pihak berkenaan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager