Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPORAN HARIAN MUSIM HAJI LABBAIKALLAH, MENANGI PROTON SAGA & MODENAS

HIBURAN

LAPORAN HARIAN MUSIM HAJI LABBAIKALLAH, MENANGI PROTON SAGA & MODENAS

Labbaikallah yang akan mula bersiaran pada 29 Ogos akan menjadi liputan paling komprehensif dari Makkah. Siaran program 30 minit dengan pakej laporan terkini mengenai perkembangan Musim Haji 1437H akan membolehkan penonton TV Alhijrah menyaksikan perkembangan mutakhir dari Mekah setiap hari.

Program Labbaikallah di TV Alhijrah.

Program ini dipancarkan live dari Studio Digital TV Alhijrah di Pusat Islam Kuala Lumpur setiap 9.30 malam hingga berakhir Musim Haji pada 14 September. Sebagai berkongsi kemeriahan Musim Haji, TV Alhijrah menyediakan kuiz pengetahuan mengenai Ibadah Haji dalam setiap episod. Penonton perlu mengumpul jawapan episod pertama hingga akhir sebelum menghantar jawapan terkumpul.

Hadiah-hadiah menarik menanti penonton.

Sebuah kereta Proton Saga, tiga buah motosikal serta enam pakej umrah menanti penonton bertuah. Jangan lupa setiap 9.30 malam bermula 29 Ogos hingga 14 September, ikuti Laporan Musim Haji di TV Alhijrah.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in HIBURAN

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading