MUSIM HAJI: ARTIS POPULAR KONGSI PENGALAMAN BERSAMA LABBAIKALLAH
Selepas Aizat Amdan dan Neelofa, tiba giliran Afdlin Shauki, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Siti Nurhaliza muncul dalam program Labbaikallah.
Aizat Amdan berkongsi pengalaman peribadi bagaimana pertama kali hatinya terkedu lalu jatuh cinta pada kebesaran Kaabah. Sebagai insan biasa dirinya merasa kekerdilan diri saat menatap Kaabah pada kali pertama.
Manakala Neelofa bercucuran air mata menceritakan detik-detik mengatur langkah mendekati Kaabah. Betapa dari kejauhan bayangan Kaabah yang ditatap sedikit demi sedikit meruntun jiwanya lalu menangis tersedu-sedu.

Itu pengalaman saat menunaikan umrah. Semalam Neelofa terbang lagi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji buat kali pertama.
Malam ini giliran Afdlin Shauki pula berkongsi isi hati berada depan Kaabah.
Apa pengalaman Afdlin? Apakah komedian popular dan pelakon jiwa kental serta serba berani ini menangis?
Apa pula pengalaman Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Rosyam Nor?
Ikuti Labbaikallah di TV Alhijrah yang dihoskan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Hari Tasyrik makin hampir. Kaabah makin dekat di hati 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia. Serta empat juta jemaah dari lebih 150 negara yang kini telah berada di Tanah Suci.
Jangan lepas peluang bersama Labbaikallah pada 9.00 malam ini di TV Alhijrah.