Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NEELOFA & ALIZA KIM TAMU KHAS LABBAIKALLAH KHABAR DARI MEKAH

HIBURAN

NEELOFA & ALIZA KIM TAMU KHAS LABBAIKALLAH KHABAR DARI MEKAH

Anda tentu masih ingat kisah model terkenal United Kingdom yang memeluk Islam pada 2013?

Aliza Kim, bekas model popular.

  Model berusia 35 tahun kacukan Siam dan Inggeris ini, kemudiannya memilih Kuala Lumpur sebagai tempat tinggal setelah mendapat hidayah Allah. Aliza Kim kini berhijrah dan kini menjadi aktivis dakwah IntoTaqwa. Dalam sebuah program bersama TV Alhijrah dulu, bekas model majalah Cleo dan Elle ini mendedahkan, dirinya meninggalkan semua glamor masa lalu termasuk arak dan rokok kerana takutkan Allah.

Ustaz Don Daniyal, pengacara Labbaikallah.

  Malam ini Aliza Kim muncul lagi di TV Alhijrah. Si cantik manis ini akan bersama hos Labbaikallah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk berkongsi pengalaman hijrah serta kerinduannya untuk melawat Mekah.

Labbaikallah menampilkan Aliza Kim dan Fara Othman.

  Selain Aliza Kim, program Labbaikallah malam ini turut mengundang Fara Othman, pengasas IntoTaqwa.  Malam esok 31 Ogos, artis terkenal Neelofa akan berkongsi pengalaman kepada penonton Labbaikallah ketika kali pertama berada di Tanah Suci.

Neelofa berkongsi pengalaman di Mekah dalam Labbaikallah.

  Jangan lupa 10.00 malam ini. (episod-episod seterusnya jam 9.00 malam). Labbaikallah bersiaran langsung dari TV Alhijrah dengan laporan pelbagai perkembangan semasa dari Mekah.

Labbaikallah program tahunan TV Alhijrah.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in HIBURAN

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading