Boikot biasanya menyeru pengguna melalui kempen untuk tidak menggunakan barangan atau perkhidmatan sehingga ia menjejaskan perniagaan syarikat yang disasarkan. – GAMBAR HIASAN
MUTAKHIR ini, terdapat
pelbagai mesej di aplikasi whatsapp
atau media sosial yang menyeru orang Melayu untuk memboikot sesetengah produk
atau syarikat dari kaum-kaum tertentu di negara ini.
Dalam program
boikot tersebut, orang Melayu diseru untuk membeli produk atau perkhidmatan
alternatif yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh
orang-orang Melayu sendiri.
Boikot biasanya
menyeru pengguna melalui kempen untuk tidak menggunakan barangan atau perkhidmatan
sehingga ia menjejaskan perniagaan syarikat yang disasarkan.
Melalui boikot,
syarikat yang terlibat dengan agenda-agenda yang tidak dipersetujui oleh
penganjur boikot diharapkan akan berhenti daripada menyokong agenda-agenda yang
menjadi punca kepada program boikot tersebut. Di antara program boikot yang
kita biasa dengar adalah berkaitan dengan syarikat yang menjalankan perniagaan
dengan negara haram Israel.
Boikot tersebut
telah memberi kesan kepada beberapa syarikat antarabangsa yang melabur atau
menjalankan perniagaan di Israel sehinggakan mereka telah bertindak
menghentikan operasi perniagaan yang melibatkan negara tersebut. Apabila mencapai
tahap ini, boikot bolehlah dikatakan berjaya kerana mencapai objektif yang
ditetapkan.
Sebagai pengguna,
adalah menjadi hak bagi kita untuk memilih produk dan jenama yang ingin
digunakan mengikut keperluan dan bajet masing-masing. Bagi kebanyakan orang,
harga menjadi faktor penentu utama dalam memilih barangan atau perkhidmatan yang
akan dibeli. Sememangnya, di pasaran terbuka, harga menjadi faktor utama yang
menentukan permintaan dan pembekalan sesuatu produk.
Berbalik kepada
boikot yang sedang disebarkan sekarang, sebagai bangsa majoriti di negara ini,
orang Melayu adalah kumpulan pengguna paling besar. Dengan kedudukan ini, orang
Melayu mempunyai kuasa untuk menentukan produk mana yang boleh kekal di pasaran
atau sebaliknya, dengan syarat mereka bersatu dan terdapat alternatif lain yang
boleh menggantikan produk yag diboikot.
Syarat untuk
orang Melayu bersatu sebenarnya satu syarat yang amat sukar untuk dicapai.
Realitinya, setelah lebih enam dekad merdeka, orang Melayu masih berpecah
belah. Atau dengan kata yang lebih spesifik, orang Melayu pada hari ini masih lagi
belum menjadi blok ekonomi kuat yang mampu menentukan keadaan pasaran secara
langsung.
Meneliti dengan
lebih mendalam, mungkin persoalan yang lebih besar adalah berhubung martabat
ekonomi orang Melayu terutama di dalam bidang perniagaan. Dalam erti kata,
adakah ekonomi orang Melayu sudah berada pada tahap yang setanding dan mampu
bersaing di pasaran terbuka? Jika ini berlaku, tiada sangsi masyarakat di
negara ini boleh memilih barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh
syarikat-syarikat pengeluar Melayu.
Setelah lebih 60
tahun merdeka, diperintah oleh kerajaan persekutuan yang didominasi oleh orang
Melayu dan dengan pelbagai inisiatif yang ditawarkan untuk menggalakkan
orang-orang Melayu menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, tentunya sudah
ada kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh syarikat orang-orang Melayu.
Namun, jika orang
Melayu rata-ratanya hanya mampu menjadi pengguna, apa juga boikot yang
dilaksanakan terhadap produk bangsa lain sudah tentu gagal mencapai
matlamat.
Seharusnya kumpulan
yang melaksanakan kempen boikot ini meluaskan lagi skop boikot mereka jika
mereka benar-benar inginkan kempen boikot tersebut memberi kesan yang
diharapkan dan berpanjangan.
Golongan pakar dan
pemegang taruh dari pelbagai bidang dan latarbelakang bolehlah dirujuk untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan seterusnya merangka strategi jangka pendek dan
jangka panjang. Tindakan-tindakan yang disarankan pula hendaklah berdasarkan
data, fakta dan kajian yang tepat, dan tidak dipengaruhi sentimen semata-mata.
Sikap yang
rasional dan objektif sangat diperlukan untuk menghasilkan pelan yang baik dan
berpijak di bumi nyata. Taraf pendidikan, mentaliti, sikap dan pelbagai faktor
lagi berperanan di dalam memartabatkan ekonomi orang Melayu.
Persoalan yang
lebih besar lagi, pada era globalisasi dunia tanpa sempadan hari ini, adakah
model perniagaan yang berorientasikan bangsa ini adalah model yang terbaik
untuk mencapai kemakmuran ekonomi yang diidamkan? Perlukah diusahakan formula
ekonomi berbentuk kolaboratif yang lebih
mencerminkan komposisi masyarakat majmuk dan anggota masyarakat yang pelbagai
ke arah pembangunan yang lebih inklusif?
Apapun, masa akan menentukan sejauh mana program boikot yang sedang dipromosikan akan berjaya. Semangat dan solidariti memang diperlukan, namun biarlah ia berpaksikan kefahaman dan objektif yang jelas dengan disertakan dengan program-program yang mantap.
*Mohammad Abdul Hamid adalahYDP IKRAM Bandar Tun Razak
Share this:
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager