Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PUKUL WARGA ASING: ENAM LELAKI DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

PUKUL WARGA ASING: ENAM LELAKI DITAHAN POLIS

KAJANG: Polis telah menahan enam lelaki berumur antara 24 hingga 54 tahun berhubung kejadian pukul seorang lelaki warga asing di Kajang semalam.

Video berdurasi selama lebih kurang 1 minit 21 saat tentang kejadian tentang kejadian itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, seorang daripada mereka yang ditahan semalam telah diberikan jamin polis malam tadi memandangkan dia adalah pemilik premis tempat kejadian.

“Kelima-lima lelaki yang ditahan telahpun dibawa ke Mahkamah Kajang pada hari ini bagi permohonan reman dan telah benarkan kelima-lima orang kena tuduh (OKT) direman selama sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya kes masih lagi di dalam siasatan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading