KUALA LUMPUR: AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) hari ini melancarkan slot MyCareCoV19 inisiatif stesen televisyen Islamik itu di bawah MusaadahCOVID19 bagi memberi bantuan kerohanian dan psikososial untuk rakyat Malaysia.
Menerusi slot MyCareCoV19yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program Assalamualaikum hari ini, lebih dua juta penonton TV AlHijrah berpeluang berinteraksi dengan panel professional yang dijemput ke studio setiap hari berkisar kerohanian dan psikososial.
Program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kumpulan Media Karangkraf, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata stesen TV islamik itu membuka pintu siaran seluas-luasnya untuk program yang memanfaatkan ummah.
“MyCareCoV19 adalah usaha kami untuk memeluk emosi masyarakat yang sarat dengan pelbagai isu psikologi semenjak serangan wabak COVID-19.
“Manusia secara fitrahnya diciptakan untuk bergerak bebas tanpa sekatan. Jadi kita boleh bayangkan betapa sesaknya nafas dan serabutnya minda apabila perlu berkurung seharian di rumah. Malahan ada di antara kita yang terpaksa berjauhan dengan yang tersayang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menggunakan taglineBina Syurga Di Rumah. Bina Rumah Di Syurga. Berjuang Masuk Syurga Sekeluarga, program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen di dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum setiap hari pada jam 8 hingga 8.30 pagi bermula esok.
“Penonton boleh menghubungi talian 03 – 2260 2412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini. Sebagai permulaan pada episod pertama siaran kita akan bawa Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk menjawab segala persoalan penonton.
“Anggaplah begini, kami adalah sebahagian dari keluarga anda yang sayang dan peduli serta ambil berat tentang kemaslahatan jiwa kalian. Kita tidak mahu pertimbangan kemanusiaan, keinsanan dan kewajaran hilang dek ujian wabak ini,” kata Namanzee.
Melalui program MyCareCoV19, pakar-pakar dalam bidang psikologi, kekeluargaan, pengurusan emosi dan yang berkaitan dijemput untuk menjawab soalan-soalan penonton serta berkongsi tips-tips dan saranan yang mampu menyuntik semangat semua untuk menjalani perubahan dalam aktiviti seharian.
Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah Penderaan Domestik, Sahsiah Suami Isteri, Anak Tantrum Dek PKP, SOP Keluarga PKP, Konflik Penceraian, Adab Media Sosial dan E-Kuliah Keluarga.
Selain MyCareCoV19, TV AlHijrah turut menyantuni rakan-rakan artis nasyid melalui rancangan Munajat dengan kerjasama Nasyeed.com dan Munsyid Malaysia untuk membantu penggiat seni nasyid yang terjejas akibat COVID-19.
Munajat akan memulakan siaran Ramadan ini setiap Sabtu selama 60 minit. Antara rakan-rakan artis nasyid yang akan membuat persembahan adalah Daqmie, Hazamin In-Team dan banyak lagi nama-nama besar yang akan mempersembahkan lagu-lagu berunsur dakwah, ketuhanan, kemanusiaan dan kemasyarakatan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests