Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TUJUH HADIAH ISTIMEWA BUAT WARGA FELDA

DALAM NEGARA

TUJUH HADIAH ISTIMEWA BUAT WARGA FELDA

Antara hadiah terbesar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah penyediaan geran RM990 juta bagi membiayai bayaran balik pinjaman sukuk termasuk penghapusan hutang peneroka, selain komitmen peruntukan lebih RM1 bilion lagi pada tahun hadapan.

MARAN: Tujuh inisiatif khas bernilai lebih RM2 bilion antara berita baik buat warga Felda sempena hari peneroka serta sambutan ulangtahun ke 70 agensi berkenaan.

Inisiatif itu khusus untuk memperkasa kebajikan peneroka, generasi baharu serta petugas FELDA.

Antara hadiah terbesar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah penyediaan geran RM990 juta bagi membiayai bayaran balik pinjaman sukuk termasuk penghapusan hutang peneroka, selain komitmen peruntukan lebih RM1 bilion lagi pada tahun hadapan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu perumahan generasi baharu FELDA, termasuk meminda undang-undang bagi membolehkan pelaksanaan konsep dua rumah atas satu lot.

Beliau turut mengumumkan pemutihan rumah sedia ada serta peruntukan tambahan RM150 juta untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai dan RM20 juta bagi Projek Sentuhan Kasih FELDA.

“Menunjukkan bagaimana FELDA ini diurus dengan baik, dan kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk membela nasib peneroka. Beberapa perubahan besar sudah dilakukan, walaupun menelan belanja yang lebih besar, tetapi Insya-Allah saya bersama rakan-rakan akan ikhtiar sedaya upaya kita untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan”.

Selain itu, kerajaan akan mengembalikan model asal penjualan minyak sawit mentah melalui Koperasi Permodalan FELDA yang dijangka mampu menjana tambahan pendapatan sehingga RM42 juta kepada warga peneroka.

Kerajaan juga meluluskan RM450 juta bagi kerja baik pulih dan pembinaan rumah petugas FELDA, lebih RM15 juta untuk memperkasa literasi digital di 317 rancangan FELDA, RM10 juta bagi baik pulih sekolah di kawasan FELDA serta tambahan RM3 juta untuk memperkukuh Skuad Maya FELDA.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka dan Ulang Tahun Ke-70 FELDA di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading