Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USUL MENGOSONGKAN JAWATAN YDP DEWAN RAKYAT DILULUSKAN

DALAM NEGARA

USUL MENGOSONGKAN JAWATAN YDP DEWAN RAKYAT DILULUSKAN

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang sebelum ini dijawat oleh Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Usul tersebut dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk menggantikan Mohamad Ariff atas alasan mempunyai calon lain.

Berdasarkan undian 111 ahli parlimen menyokong usul berkenaan manakala 109 yang lain tidak menyokong, satu ahli parlimen tidak hadir serta satu ahli parlimen berkecuali.

Sebelum itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan usul pengosongan jawatan speaker dibuat berdasarkan Perkara 57 (2) Perlembagaan Persekutuan dan Aturan Mesyuarat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading