SUMBANGAN SELIMUT MAYAT MUDAHKAN PENGURUSAN JENAZAH

KUALA LUMPUR: Peralatan Perlindungan Diri (PPE), sarung tangan getah, dan pelitup muka sering menjadi antara barangan pilihan yang disumbangkan badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada petugas barisan hadapan.

Selain barangan tersebut, antara peralatan yang dilihat amat penting untuk disumbangkan namun kurang popular ialah selimut mayat yang boleh digunakan petugas barisan hadapan untuk menguruskan jenazah terutama berkaitan COVID-19, kematian biasa, bencana alam dan kemalangan jalan raya.

Pengarah Urusan Pendang Jaya Sdn Bhd, Rajman Hashim berkata, dengan penggunaan selimut mayat ia memudahkan kerja-kerja petugas barisan hadapan di lapangan.

“Sebelum ini ramai orang kerap beri sumbangan PPE dan pelitup muka namun sumbangan selimut mayat ini seperti terlepas pandang sedangkan ianya amat diperlukan.

“Selimut mayat berfungsi untuk membalut mayat sebelum dimasukkan ke dalam beg mayat berzip,” katanya.

Ujar Rajman kos seunit selimut mayat ialah RM35 dan produk tempatan tersebut yang dihasilkan pihaknya amat murah jika dibandingkan harga jualan import dari luar negara antara RM80 hingga RM120 .

Selimut mayat yang dihasilkan syarikatnya juga mematuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Rajman, bagi memudahkan urusan badan korporat dan NGO, pihaknya ada menawarkan perkhidmatan infaq selimut mayat untuk disumbangkan kepada pihak berkaitan.

“Kami menerima tempahan untuk sumbangan dan agihan kepada hospital, balai polis atau agensi pengurusan bencana di seluruh negara.

“Badan korporat atau NGO juga boleh membeli selimut mayat secara pukal dari Pendang Jaya untuk diagihkan dam pembelian oleh agensi kerajaan juga boleh dibuat melalui pelawaan sistem ePerolehan,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Rajman di talian 019-3063441, wasup 011-6234 3296 atau layari Facebook Pendang Jaya untuk maklumat lanjut. – AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply