3 WAJAH KRU DI SEBALIK LIVE VIA INSTAGRAM @tvalhijrah114
LAPORAN BERITA TANPA KRU BARANGKALI HANYA RAKAMAN ATAU LIVE AUDIO MELALUI TELEFON. TANPA KRU MUSTAHIL LAPORAN BERITA AKAN LENGKAP DENGAN VISUAL, AUDIO DAN SUNTINGAN LAPORAN YANG KEMAS.
Apalagi kalau mahukan berita yang kemas dan lengkap dari Liputan Live Tanah Suci.
Itulah pentingnya kru. Jasa kru bertambah besar dalam kes liputan Musim Haji. Ini kerana selain bekerja dengan bebanan tugas harian untuk membantu wartawan dan penerbit mendapatkan bahan siaran harian, kru juga perlu memenuhi jadual beramal kerana mengadap Allah di Tanah Suci.
Bagi kru TV Alhijrah, Muhammad Farid Affy Omar (editor), Fauzi Salim (jurukamera) dan Amizan Amanir (penerbit teknikal) bekerja sekitar 16 ke 18 jam sehari adalah lumrah. Bukan sehari, tetapi selama dua bulan sejak menjejak kaki di Madinah pada 28 Julai lalu.
Tiga kru ini berkhidmat membantu penyediaan pakej laporan harian Tim TV Alhijrah yang diketuai Ainur Mahdiyah Zahra dan Syafinaz Yunus.
Selain menyediakan laporan bagi Berita Alhijrah, tiga kru ini turut memainkan peranan dalam penyediaan bahan Instagram @tvalhijrah114. Tugas tambahan dalam dakwah menghidupkan suasana meraikan Musim Haji 1437H Live via Instagram.

Kita doakan mereka mendapat haji mabrur dan segala kerja-kerja mereka dikira sebagai ibadah di sisi Allah.
Percayalah! Tanpa kru – dunia maklumat hanyalah dunia yang bisu!